https://nambikaionline.wordpress.com/

https://nambikaionline.wordpress.com/
http://themalayobserver.blogspot.my

Tuesday, July 3, 2012

MCA . keluar dari BARISAN untuk menunjukkan pendirian.soal Hudud


Tanggapan seperti UMNO buat jalan, UMNO buat sekolah sama sekali tidak bersesuaian dengan pemahaman politik sekarang.UMNO hanyalah sebuah parti politik manakala KERAJAAN adalah sebuah organisasi yg lain yg dimana rakyat telah memberi mandat kepada parti yg mendapat tampuk pemerintahan melalaui sistem demokrasi.Sekiranya pihak pembangkang menang sekalipun dalam pilihanraya JATA kerajaan tetap sama malah bendera kita pun tetap sama oleh itu pada zaman sekarang ini setiap projek dari kerajaan mestilah memaparkan di bawah KEMENTERIAN yg terlibat atau projek kerajaan pusat.Ini tidak seperti dahulu yg dimana secara terang2 menyatakan parti politik yg memerintah.Hatta sekalipun negara kominis seperti KOREA UTARA mahupun ISRAEL yg zionis siapa yg mewakili kerajaan mereka hendaklah menjalankan TANGGUNGJAWAB kepada rakyat seperti pembinaan sekolah, jalan raya, dan lain2.Jadi disini setiap individu perlu ada satu konsep pemahaman mengenai KERAJAAN kerana ia bukan parti politik cuma mewakili parti politik untuk tampuk pemerintahan 2 contoh yg bg saya gagal 100% dilaksanakan oleh UMNO n BN, 
1- yg dipraktikkan oleh majoroti negara2 demokrasi yg lain iaitu pemimpin n family mengisytiharkan harta. Kenapa susah sangat pemimpin Malaysia nak isytihar harta!
2- Siaran penuh sidang Parleman secara langsung setiap sidang parleman utk penelitian rakyat yg berkesempatan melihat dan mendengar. Terutamanya laporan Audit Negara.
Bg saya masyarakat Melayu terutamanya buta politik krn menganggap semua betuk bantuan dan pencapaian negara adalah dr UMNO 100% termasuk wang. Tanggapan sebegitu wajib diperbetulkan
. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.

Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.

Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).

Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.

MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.

MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar ketua biro profesional MCA, Chua Tee Yong supaya mendedahkan bukti terhadap tuduhannya berhubung dakwaan skandal RM1 bilion yang didakwanya membabitkan kerajaan negeri. Anak Chua Soi Lek ni sebiji mcm bapak dia, tak boleh pakai langsung. Menjerit-jerit macam orang gila, mencari publisiti murahan.  anak chua soi lek ke muka cam haram jadah...celaka punya cina bukit....bapak ada buat video anak mesti lg byk punya  Ini agak pelik dia dakwa orang dia minta org tunjuk bukti? Sepatutnya yg mendakwa lah tunjuk bukti. Inikah pandangan saorng tim. menteri? Kalau macam ni lingkup kementerian tersebut. 

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid bertanya mengapa Chua tidak tampil dengan maklumat tersebut.

Menurut The Star, Chua (kiri) mengancam untuk mendedahkan 
skandal yang didakwanya urusan yang membabitkan RM1 bilion yang didakwanya disembunyikan melalui transaksi yang rumit.

Chua, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani turut mencabar kerajaan negeri Selangor mendedahkan semua butiran mengenai transaksi tersebut.

"Kami mempunyai sebuah pentadbiran yang telus," tegas Khalid, yang menafikan mengetahui apa-apa mengenai dakwaan Chua itu.


Pemimpin Umno bahagian Tanjung Karang didakwa telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membeli tanah daripada pentadbiran Umno negeri sebelumnya pada kadar yang terlalu murah.

selangor dap justice reform team 261110 ng suee limADUN Selangor, Ng Suee Lim menunjukkan dokumen dalam satu 
sidang akhbar hari ini, berhubung maklumat terperinci penjualan 0.437ha tanah kepada bahagian Umno pada kadar hanya satu ringgit bagi satu kaki persegi pada November 2001.

"Harga asal tanah tersebut adalah lebih daripada satu juta ringgit, tetapi ia akhirnya dijual pada harga hanya RM47,039.

"Harga sedemikian biasanya hanya untuk penempatan tradisional, bukan bagi tanah komersil." Ng berkata.

ADUN Sekinchan mencabar Menteri Pertanian Datuk Noh Omar sama ada memulangkan kembali tanah tersebut atau membayar pampasan kepada kerajaan negeri bagi kerugian dalam pendapatan.Rakyat perlu menggunakan kuasa mereka bagi menyekat kerajaan yang boros daripada terus mentadbir negara ini, sekiranya tidak mahu negara hilang hala tuju pada masa akan datang.
Bekas anggota parlimen Batu Berndam, Datuk Tamrin Abdul Ghafar berkata, rakyat perlu bertindak bagi mengelakkan Malaysia terus hilang hala tujunya dalam menempuh masa depan yang gemilang.
“Perdana Menteri sekarang terlalu boros berbelanja tanpa memikirkan natijah buruk yang akan menimpa masa depan negara.
“Kekurangan ketelitian Datuk Seri Najib dalam perbelanjaan termasuk ketika melawat luar negara baru-baru ini menghabiskan RM850,000 dalam lawatan tiga malam di London.
“Dan RM1.6 juta ketika lawatan ke New York selama empat malam,” katanya di hadapan ribuan penduduk yang membanjiri padang Mini Stadium Pasir Mas di sini malam tadi.
Tamrin yang juga bekas anggota Exco Pemuda Umno Malaysia mempersoalkan apakah tidak boros namanya apabila berbelanja lebih RM2 juta dalam lawatan seminggu ke luar negara.
Beliau yang juga bekas Pengerusi MARA berkata, Perdana Menteri sekarang suka kepada promosi berlebihan sehingga ketika menunaikan ibadat umrah pun dibuat kenyataan media.
“Semasa pergi umrah Perdana Menteri membuat sidang akhbar sebanyak empat kali termasuk di Mekah dan Madinah,” ujarnya.
Beliau juga mendakwa imej Umno mulai menurun semasa ditadbir Tun Dr Mahathir Mohamed apabila bertindak menukar royalti petroleum kepada ihsan semasa PAS mentadbir Terengganu.
“Sejak itu Umno mula merosot dan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi, negara kehilangan RM200 juta. Namun sekarang keadaan lebih teruk lagi melibatkan Felda yang diasaskan Tun Abdul Razak Hussein,” katanya.
Sementara itu di pentas ceramah yang sama artis Abby Abadi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah Taala kerana membuka pintu hatinya bersama dengan perjuangan Islam setelah beberapa kali berada di Tanah Suci Makkah.
Beliau juga melahirkan rasa terharu kedatangannya ke Kelantan dapat bertemu mata dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut menghargai perwatakannya sekarang.
“Salah satu sifat yang saya tertarik dengan Tok Guru bila mana ketika orang kata sebagai bapa kafir, beliau hanya menjawab ‘biarlah dia kata asalkan kita tidak,” ujarnya.
Bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafie berkata, beliau meninggalkan Umno kerana bosan dengan pelbagai kemelut yang melanda parti itu sekarang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah mencabar ahli Parliman Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bertanding tiga penjuru pada pilihan raya ke-13 atas nama bebas bagi melihat sejauh mana pengaruhnya.
“Dengan cara itu barulah beliau tahu seramai mana rakyat Pasir Mas menyokongnya,” kata beliau.
Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad mendedahkan ada pihak cuba mensabotajkan program ceramah tersebut dengan mengedarkan poster bertulis “Ceramah malam ini ditunda ke 6 Julai 2012”.

No comments:

Post a Comment